SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Masa Berlalu Pergi....

Thursday 13 September 2012

Konsep asas Rancangan Pengajaran Harian



ASAS PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
OBJEKTIF RPH
1.     OBJEKTIF :  Pengajaran guru menepati kehendak Sukatan Pelajaran
IMPLIKASI :   Menentukan Hasil Pembelajaran (isi kandungan dan aras) menepati kehendakSukatan pelajaran bagi sesuatu topik.
Menentukan isi kandungan yang yang tepat dan sesuai.
2.     Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan.
IMPLIKASI :  Menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan adalah sesuai dan berkesan.
Pilih aktiviti/ pengalaman pembelajaran yang sesuai.
Tentukan peranan guru bagi setiap langkah pengajaran.
Tentukan penggunaan sumber P&P (media dan material) yang sesuai.
3.     Penggunaan prosedur pentaksiran yang sesuai untuk mengesan dan mengukur pencapaian objektif pengajaran.
IMPLIKASI:   Tentukan prosedur pentaksiran yang sesuai.
Gunakan pentaksiran yang bersifat “performance-based”.
Ambil tindakan susulan berdasarkan maklum balas pentaksiran.
4.     Mempastikan penggunaan masa pengajaran secara optimum.
IMPLIKASI :  Rancangkan penggunaan masa pengajaran.
Pastikan guru dan murid “on-task”.
Pantau penglibatan murid secara berterusan.
Item-Item Asas Penyediaan RPH:-
Mata Pelajaran
Darjah / Kelas
Tarikh
Bilangan Murid
Tajuk /Topik
Kemahiran
Pengetahuan SediaAda
Hasil Pembelajaran
Kemahiran KBKK
Penerapan Nilai
Bahan Bantu Mengajar
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan/Refleksi

KEMAHIRAN -KEMAHIRAN
Membaca
Menulis
Mengajuk
Menyebut
Menyoal
Menjawab

ELEMEN UTAMA RPH
*     PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN
*     PENGETAHUAN SEDIA ADA
*     ISI KANDUNGAN PELAJARAN
*     STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
*     PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
*     PENERAPAN NILAI
*     PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF
*     PENUTUP
*     REFLEKSI

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN
CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN DAN MENENTUKAN HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES)
*     Merupakan produk pembelajaran yang perlu dipamerkan murid sebagai bukti penguasaan tajuk yang diajar.
*     Dituliskan menggunakan kata kerja yang menjelaskan produk pembelajaran.
*     Menjadi panduan dalam memilih dan menentukan prosedur pengajaran danpentaksiran.
*     Perlu dinyatakan dalam keadaan situasi pembelajaran yang jelas atau memerlukan situasi yang spesifik.Pilih situasi yang realistik.
*     Membantu menjadikan proses P&P lebih jelas, berfokus dan respons murid lebih berstruktur.
PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Abtar (1993) menyenaraikan lima komponen penting dalam penulisan hasil pembelajaran. Ringkasnya adalah :  ABCDS.
A = Audience
B = Behaviour
C = Content
D = Degree of Achievement
S = Situation


LANGKAH PENYEDIAAN RPH
ANALISIS SUKATAN PELAJARAN
·       Menentukan Hasil Pembelajaran.
·       Menentukan skop isi kandungan.
·       Menentukan aras Hasil Pembelajaran
ANALISIS MAKLUMAT MURID
·       Maklumat umum murid.
·       Pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid.
·       Minat dan kecenderungan.
·       Gaya pembelajaran.
MENENTUKAN OBJEKTIF PENGAJARAN
·       Menentukan Hasil Pembelajaran
·        Hasil Pembelajarandan tahap masteri.
·       Dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk perlakuan yang zahir.
·       Dinyatakan dengan jelas dan spesifik.

MEMILIH MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH
Langkah menghubungkan murid dengan objektif pengajaran.
Asas pemilihan:
·       Memenuhi keperluan pembelajaran murid
·        Sesuai dengan situasi pembelajaran dan objektif pengajaran,
·       Berupaya merangsang minat murid
·       Menyediakanpeluang penglibatan murid.
MENENTUKAN PENGGUNAAN MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH
·       Menentukan bagaimana menggunakan media dan bahan bagi mencapai objektif pengajaran.
·       Tentukan media dan bahan berada dalam keadaan yang berfungsi.
·       Sediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
MENENTUKAN AKTIVITI DAN BENTUK PENGLIBATAN MURID
·       Tentukan apa aktiviti pembelajaran dan bentuk penglibatan murid.
·       Sediakan peluang murid memanipulasi maklumat untuk mengamalkan kemahiran yang dipelajari.
·       Tentukan bentuk peranan guru sebagai fasilitator.
MENENTUKAN PROSEDUR PENTAKSIRAN PENCAPAIAN OBJEKTIF
·       Tentukan bagaimana guru mentaksir pencapaian objektif pengajaran.
·       Nilai keberkesanan penggunaan media, material dan peranan guru sebagai fasilitator.

No comments:

Post a Comment