SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Masa Berlalu Pergi....

Thursday 13 September 2012

Pengenalan Tugasan


PENGENALAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkandengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawaimplikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakinmendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepastahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasamamemperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL.Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. SitiFatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atauPPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraanmultimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaankomputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyaiunsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dangambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapatmemberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif.
Dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisianPPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza darifungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yangdibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisianyang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberimaklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supayaobjektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilahtidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik- baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan penggunameneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan rekabentuk antaramuka perisian.
ISTILAH-ISTILAH PPBK
Antara Istilah-istilah yang selari dengan PPBK dalam bahasa asing ialah seperti"computer-assisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-assistedlearning" dan "computer-aided learning".Perbezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinyatetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Berikutadalah antara istilah-istilah yang lazim digunakan apabila berbincang tentang soal PPBK.
3.1 Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI)CAI adalah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajarandisampaikan oleh komputer. Pengguna belajar dengan berinteraksi dengan komputer.Maklumbalas dari komputer akan dikeluarkan berdasarkan respond yang diberi oleh pengguna. Dalam proses pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcarayang lazimnya dilakukan oleh seorang guru.Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI.
3.2 Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL)Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk pembelajaran untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. Ia berbeza dengancara CAI yang berdasarkan kepada respond pelajar dan maklum-balas komputer.
3.3 Courseware / Perisian KursusMenurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisiankursus merujuk kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungandan teknik yang yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Ia merujuk kepada isi kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan kedalam alat pengarangan seperti ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengankata lain perisian kursus adalah PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulusebelum ini.
Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning)Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yang disampaikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi,urusan ujian dan lain-lain adalah berlandaskan web.
Menurut B.H. Khan (2001)sistem pembelajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbukadan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas sekali.Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem pembelajaran berasaskanweb ini akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah kelastradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukar-tukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan.
Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pentingnya merangka danmemantau pertukaran maklumat ini untuk mempastikan pembelajaran yang bermaknasebenarnya berlaku.. Oleh itu, dalam kesungguhan dan keghairahan untuk menggunakan web sebagai media pengajaran, para pendidik perlu juga menekankantentang keperluan untuk pembelajaran. Bagi Duchastel (1997) sumber maklumat,tahap interaktiviti, pembelajaran berstruktur dan komunikasi adalah empat ciri yangsepatutnya ada dalam seting keperluan pengajaran dan pembelajaran. Memperolehimaklumat baru adalah sebab utama pelajar belajar. Interaktiviti pula adalah apa yang berlaku antara pelajar dan sumber pembelajaran - iaitu sama ada buku, simulasi, perbincangan mahupun program multimedia. Disini proses peningkatan dan pemurnian pengetahuan pelajar akan berlangsung. Struktur pula mempastikan fokus pembelajaran adalah selari dengan objektif atau hasil pembelajaran yang mahudicapai. Dan sebagai tambahan, komunikasi pula memberikan seting sosial supaya pertukaran maklumat, bantuan peribadi dan motivasi berlaku.Sebagai kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web ini menggunakan corak  pembelajaran secara penerokaan. Sungguhpun capaian maklumat amat senangdidapati dengan menerokai dan melayari internet, maklumat tersebut tidak semestinya berilmu atau berguna. Oleh kerana inilah Duchastel menekankan kepentingankeempat-empat keperluan tersebut semasa proses pengajaran-pembelajaran berlaku.
PENDEKATAN PPBK
PPBK menggunakan beberapa jenis pendekatan interaksi pengajaran dan pembelajaran.  Antara jenis-jenis interaksi yang popular ialah tutorial, latih-tubi,simulasi dan permainan pendidikan. Setiap jenis interaksi ini mempunyai kelebihannya masing-masing. Ia boleh dibangunkan secara sendiri. Bagaimanapun, perisian yang menggunakan gabungan tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan akan bersifat lebih interaktif dan menarik.

No comments:

Post a Comment